Dr Hajah Suraya binti Haji Tarasat

suraya.tarasat@ubd.edu.bn

Assistant Professor, Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education



Hjh Suraya Hj Tarasat menjawat jawatan Assistant Professor di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah. Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Southern Queensland (USQ), Australia dan Ijazah Sarjana dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pendidikan Bahasa. Beliau merupakan seorang pensyarah Pendidikan Bahasa dan Literasi dan mengajar peringkat Sarjana Pendidikan dan Sarjana Pengajaran. Di samping itu, beliau juga menyelia penulisan latihan ilimah dan tesis pelajar-pelajar peringkat sarjana dan doktor falsafah.. Selain itu, beliau juga kerap mengendalikan beberapa bengkel untuk peningkatan professionalisme guru sekolah. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja dalam persidangan sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa dan beberapa buah artikel beliau telah pun diterbitkan di dalam jurnal tempatan dan juga luar negara. Selain berminat menjalankan penyelidikan dalam bidang pengkhususan beliau, beliau juga berminat dalam penyelidikan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir, sejarah pendidikan, metodologi pendidikan, penilaian, interaksi guru dan pelajar, serta strategi pembelajaran pelajar.