Style Switcher

Predefined Colors

Dr Rozaiman Makmun Lecturer, Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education

About Me Publications

Dr Rozaiman Makmun

Lecturer, Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education rozaiman.makmun@ubd.edu.bn


ABOUT ME

Beliau dilahirkan di Kampug Sungai Kedayan, pernah bertugas sebagai pegawai pelajaran di sekolah Menengah Sayyidina Hassan. Di samping itu, pernah mengikuti program penempatan pensyarah di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong dan Jabatan Pendidikan Lanjutan. Kini bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, mengendalikan kursus-kursus seperti metodologi pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu; Pengajaran Penulisan; Penyerapan Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa; Pengajaran Gaya Bahasa; Pengujian dan Penilaian; Tatabahasa Pedagogi; Pengajaran Tatabahasa Terancang; dan banyak lagi. Mula mengikuti pengajian peringkat PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pendidikan Kesusasteraan Melayu pada September 2011 dan berjaya lulus dan bergraduat pada Oktober 2015. Beliau aktif dalam penulisan esei dan kritikan sastera. Karya beliau diterbitkan dalam majalah Bahana dan Pangsura, terbitan DBP, di samping itu aktif dalam penulisan makalah, pembentangan, ceramah, bengkel dan muzakarah akademik baik dalam persidangan, mahupun selaku undangan ke institusi dan sekolah. Beliau telah menghasilkan buku-buku berjudul Kajian Komprehensif Hikayat Awang Kamaruddin (2002), Kajian Komprehensif Hikayat Awang Kamaruddin (versi SPN21, 2009), BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa (2008), Buku I: Bimbingan Memahami Hikayat Hang Tuah (2008). Meringkaskan Karangan: Konsep, Panduan dan Penilaian (2009). Hikayat Hang Tuah: Bimbingan Belajar dan Menjawab Soalan GCE ‘A’ (2011). Stilistik: Kajian gaya Bahasa Aliran (2011). Selain itu, beliau juga menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun dan syair dalam antologi bersama, antaranya Astaka Khusuk Tawaduk; mementaskan beberapa buah drama pentas, antaranya yang bertajuk “Kais dan Lela”, “Renovate”, dan “Purih Bangsa.” Beliau juga diberi kepercayaan sebagai ahli kumpulan penyelidik (SHBIE Research Team) dan ahli sidang editor bagi jurnal akademik Studies In Education di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. Editor dan penilai skrip drama RTB sejak 2009 hingga sekarang. Editor bagi Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Pendidikan, UKM 2011. AJK Buku-buku Teks KM sejak 2009 hingga sekarang.

RESEARCH INTERESTS

Pendidikan Kesusasteraan Melayu
Pendidikan Bahasa Melayu
Kesusasteraan melayu Moden
Kesusasteraan Melayu Klasik


RECENT PUBLICATIONS

Rozaiman Makmun & Zamri Mahamod. 2015. Teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan: Profesionalisme guru Kesusasteraan Melayu. Brunei Darussalam: Universiti Brunei Darussalam.
Rozaiman Makmun (2012). Hikayat Hang Tuah: Bimbingan Belajar dan Menjawab Soalan GCE A Level. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun (2011). Stilistik: Manipulasi Gaya Bahasa Aliran. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun (2009). Meringkaskan Karangan: Panduan, Pengajaran dan Penilaian. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun (2009, edisi 2). Kajian Komprehensif Hikayat Awang Kamaruddin. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam. Disesuaikan dengan Sistem Pendidikan Negara Abad 21.


TOP PUBLICATIONS

Rozaiman Makmun & Zamri Mahamod. 2015. Teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan: Profesionalisme guru Kesusasteraan Melayu. Brunei Darussalam: Universiti Brunei Darussalam.
Rozaiman Makmun (2011). Stilistik: Manipulasi Gaya Bahasa Aliran. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun (2009). Meringkaskan Karangan: Panduan, Pengajaran dan Penilaian. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun (2008). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun, (2007). ‘Pengajaran Terancang Kata Pinjam Bahasa Inggeris: Memperkaya Kosa Kata Pelajar Bahasa Melayu’ dlm. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.


RESEARCH OUTPUTS (PATENTS, SOFTWARE, PUBLICATIONS, PRODUCTS)

Buku akademik


Industry, Institute, or Organisation Collaboration

Prof Dr Zamri Mahamod
Universiti Kebangsaan Malaysia


SOCIAL, ECONOMIC, or ACADEMIC BENEFITS

membantu Jabatan Perkembangan Kurikulum meneliti buku teks pendidikan sastera