noradinah jaidi

noradinah.jaidi@ubd.edu.bn

Lecturer, Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education

     

Noradinah binti Haji Jaidi memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Rendah daripada Universiti Brunei Darussalam dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan daripada University of Wales Institute, Cardiff, United Kingdom. Mula bertugas di Akademi Pendidikan Bahasa & Literasi, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam sejak tahun 2004 hingga sekarang. Beliau mengendalikan beberapa modul peringkat sarjana; Isu dan Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa, Kreativiti dan Inovasi dalam Pendidikan Bahasa, Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa, Metodologi Penyelidikan Linguistik, Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Bahasa, Malay Language Education for Primary & Secondary School, dan Penyeliaan Penulisan Latihan Ilmiah. Beliau berminat dalam penyelidikan berkaitan amalan pengajaran berkesan, penggunaan metakognitif dalam pemahaman teks dan kaedah pemahaman teks. Selain itu, beliau terlibat dalam beberapa penyelidikan dan mengendalikan beberapa bengkel yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan. Beliau juga pernah membentangkan beberapa kertas kerja di dalam dan luar negara di samping menerbitkan beberapa kertas kerja di dalam jurnal antarabangsa.

RESEARCH INTERESTS

Pendidikan Literasi
Strategi Pengajaran Bahasa Melayu
Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Kemahiran Membaca dalam Pengajaran Bahasa
Kemahiran Berfikir Kritis & Kreatif
Penyelidikan Kualitatif

25

Google Scholar Citations

2

Google Scholar h-index

2

Google Scholar i10-index

RECENT PUBLICATIONS

Implementing Numbered Heads Together Strategy to Year 5 Students: An Alternative Approach to Teaching Writing. Turkish Online Journal of Educational Technology, November 2017, Special Issue for INTE 2017, 11(2), 98-104. [Previously Scopus-Indexed, 2016 SJR: Q3, H-Index: 21].

TOP PUBLICATIONS

The Employment of Metacognitive Strategies to Comprehend Texts Among Pre-University Students in Brunei Darussalam, Y Othman, NH Jaidi, American International Journal of Contemporary Research 2 (8), 134-141

The Effects of Metacognitive Strategy in Reading Expository Text. Y Othman, Z Mahamud, N Jaidi, International Education Studies 7 (13), 102-111

Kesan penggunaan perisian iMindMap dalam penulisan karangan jenis rencana, N Jaidi, Y Abdullah, S Tarasat, SK Rahman, Procedia-Social and Behavioral Sciences 134, 389-398

Kesan bahan visual dalam penulisan karangan Bahasa Melayu, SK Rahman, MA Metussin, S Tarasat, AB Madin, N Jaidi, Procedia-Social and Behavioral Sciences 134, 454-462

GRANT DETAILS

Amalan Terbaik Guru Kesusasteraan dan Bahasa Melayu dalam Menerapkan Nilai Murni

Amount: $5, 488
Funding: FIC Research Grant
Duration: 1 Jun 2018 – 30 Jun 2019

RESEARCH OUTPUTS (PATENTS, SOFTWARE, PUBLICATIONS, PRODUCTS)

Laporan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Tahun 10 Seluruh Negara. Unit Latihan dan Perkembangan Staf, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (Oktober 2013 - September 2014).

Laporan Kajian Guru dan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam. Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam (Januari 2013–Januari 2014).

CONSULTANCY

Komiti pakar dalam pembinaan Standard Literasi Bahasa Melayu kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Penyelidik Kajian dan Pembina Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Tahun 10 Seluruh Negara anjuran Unit Latihan dan Perkembangan Staf, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (Oktober 2013 - September 2014).

Penyelidik Kajian Guru dan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam kerjasama dengan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam (Januari 2013–Januari 2014).

Faslitator Bengkel Bacaan Awal Anak Damit bagi Guru-Guru Pra anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan (7 & 8 Januari 2014).

Fasilitator Bengkel Pengajaran Bacaan Bahasa Melayu bagi Guru-Guru Singapura (26 Jun 2013).

Fasilitator Bengkel Strategi Meningkatkan Mutu Pengajaran Memoden bagi Guru-Guru Sekolah Menengah anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (5-8 Jun 2013).

Fasilitator Bengkel Strategi Meningkatkan Mutu Pengajaran Meringkaskan Karangan bagi Guru-Guru Sekolah Menengah anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (2-6 Mei 2013).

Fasilitator Bengkel Strategi Meningkatkan Mutu Pengajaran Karangan bagi Guru-Guru Sekolah Menengah anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (11-15 April 2013).

Fasilitator Bengkel Strategi Meningkatkan Mutu Pengajaran Jawi bagi Guru-Guru Sekolah Menengah anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (14-18 Februari 2013).

Fasilitator Bengkel Strategi Meningkatkan Mutu Pengajaran Jawi bagi Guru-Guru Sekolah Rendah anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan (7-12 Februari 2013).

Fasilitator Bengkel Permainan Bahasa bagi Guru-guru Sekolah Rendah anjuran Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan

Industry, Institute, or Organisation Collaboration

Komiti Pakar Pembinaan Standard Literasi Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.