Haji Awg Asbol Haji Mail

asbol.mail@ubd.edu.bn



     

1. Haji Awg Asbol bin Haji Mail dilahirkan pada 24 Disember 1955. Mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Hassanal Bolkiah Gadong dari 30 Jun 1974 hingga 4 November 1976 Setelah berjaya menjadi guru terlatih, kemudiannya bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah SMJA selama hampir sembilan tahun.

2. Apabila Universiti Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1985, beliau mengikuti kursus Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons) di universiti ini dari bulan Oktober 1985 hingga 3 Jun 1989 dan berjaya memperolehi kelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama. Kemudian beliau bertugas sebagai tutor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam. Pada tahun 1993 melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya Kuala Lumpur dan lulus Sarjana Sastera dalam bidang Sejarah Brunei pada tahun 1996. Pada tahun 1998 hingga tahun 2002 mengikuti kursus Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti yang sama, dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Brunei pada bulan Ogos 2004.

3. Pada tahun 2013 telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang. Sekarang bertugas sebagai Prof. Madya di Pengajian Sejarah dan Antarabangsa Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam. Beliau telah menerbitkan buku Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985, Kesultanan Melayu Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran, Politik Brunei (1959 – 1983: Isu Pertahan dan Keselamatan serta Sejarah dan Pensejarahan Brunei: Dinamika Pembentukan dan Transformasi.

4. Beliau juga menyumbangkan beberapa tulisan-tulisan ilmiah dalam journal tempatan seperti dalam South East Asia A Multidisciiplinary Journal, Journal Darussalam, Beriga dan Pelita Brunei. Sementara di luar negeri pula, artikel beliau pernah diterbitkan dalam Jurnal Pengajian Melayu, Historia Jurnal Pendidikan Sejarah, Journal Sosio Humanika dan Journal Susur Galur. Artikel beliau juga pernah diterbitkan dalam buku Budaya Memeluk Akar Menyuluh ke Langit, terbitan Jabatan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang Singapura 2006, Borneo Kalimantan 2009 Transformasi Sosial Masyarakat Pesisir Borneo- Kalimantan terbitan Institut Pengajian Asia Timur Universiti Malaysia Sarawak dan Rampak Serantau Terbitan Sidang ke-50 MABBIM.

5. Beliau juga pernah diundang oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perdana Menteri sebagai ketua penyemak dan sebagai nara sumber kepada buku Kegemilangan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan sebagai salah seorang jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Beliau juga penulis buku Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddin Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman dan Evolusi dan Tranfomasi 100 Tahun Kecemeralangan Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

6. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja seminar-seminar di peringkat nasional dan antarabangsa seperti di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun dan Jerman.

RESEARCH INTERESTS

Sejarah Brunei, Pentadbiran Kerajaan Melayu Tradisional dan Melayu Islam Beraja

RECENT PUBLICATIONS

Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Persejarahan Brunei, Kuala Lumpur: PTS Media Group Sdn Bhd, 2014
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Haji Mohd Hadi bin Mohammad Melayong & Awg Mohd Yusop bin Haji Awg Damit, Sultan Haji Omar Ali Saifuddien: Tokoh Adat Istiadat Brunei Sepanjang Zaman, Bandar Seri Begawan: Jabatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, 2014
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, “Laporan Tujuh Serangkai Daerah Belait Hubungannya dengan Pembentukan Perlembagaan Negeri Brunei 1959.” dlm. Survival Negara Bangsa. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei dan Persatuan Sejarah Brunei, 2015.
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, “Perjanjian Tambahan 1905/1906 Brunei dan United Kingdom: Satu Tinjauan Hubungannya dengan Undang-Undang Tanah.” dlm. Sejarah dalam Pembangunan Negara. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei dan Persatuan Sejarah Brunei, 2015.
Haji Awg Asbol bin Haji Mail & Haji Tassim bin Haji Abu Bakar, “Live on Water: Lifestyle of Kampong Ayer Community During the British Residency Period, 1906-1941. Ooi Keat Gin, (ed), Brunei: History, Islam, Society, and Contemporary Issues. London: Routledge, 2015.

TOP PUBLICATIONS

Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985, Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah Brunei, i – 217, 2006.
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Kesultanan Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, i – 300, 2011.
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, & Hjh Zuslina Haji Jolkifli, Politik Brunei 1959 – 1983: Isu Pertahanan dan Keselamatan, Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, i – 60, 2012.
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Sejarah dan Pensejarahan Brunei: Dinamika Pembentukan dan Tranformasi, Bandar Seri Begawan: Jabatan Pusat Sejarah Brunei 2012.
Haji Awg Asbol bin Haji Mail, Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah & Awg Mohd Yusop bin Haji Awg Damit, 100 Tahun Kecemerlangan Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan: Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, 2014

GRANT DETAILS

URG
UBD/PNC2/2/RG/1(261)
SEJARAH UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
BND$10.000.00
01/06/2013 - 31/05/2014

RESEARCH OUTPUTS (PATENTS, SOFTWARE, PUBLICATIONS, PRODUCTS)

Menerbitkan beberapa buah buku, artikel dan kerja kerja.

CONSULTANCY

Yes, provides consultancy

Industry, Institute, or Organisation Collaboration

Projek penyelidikan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai masyarakat Vie Bintulu. Projek ini dijangka dijalankan pada tahun 2016